si kecil dan sang besar

Posted in fikir dan renung on January 16, 2009 by pkey1857

Dunia hari ni menunjukkan pada kita kekejaman rejim zionis kepada umat Islam yang tidak berdosa…penyembelihan manusia mcm satu mainan jer..imbas kembali zaman Rasullullah semasa berperang melawan pihak musuh yang ramai dalam peperangan pertama umat Islam di Madinah iaitu Perang Badar…Ketika itu hanya 313 shj bilangan pejuang Islam yang ada..bayangkan dengan kelengkapan perang yang serba kekurangan dan berlaku peristiwa bersejarah ini pulak pada bulan Ramadhan tahun ke-2 selepas hijrah..pihak musuh pula yang berjumlah dalam lingkungan 900-1000 orang dan kelengkapan yang serba lengkap…dilihat dari segi zahirnya umat Islam akan kalah…1 tentera Islam untuk 3 tentera musuh….tetapi bantuan Allah di mana2 kerana semangat kebatinan dan ketaqwaan mereka yang cukup tinggi…

Bayangkan hari ini jumlah umat Islam lebih kurang 1.4 Billion manakala jumlah Orang Yahudi lebih kurang 14 Juta sahaja…nisbahnya 100 orang Islam untuk 1 orang Yahudi…nabi pernah berkata ” Satu ketika kalian umat ku bagaikan buih di lautan”…sama-sama kita fikir dan terus berdoa agar saudara kita di Palestin mendapat pertolongan,kemenangan dan keselamatan…Amin…

Advertisements

minat @ terpaksa

Posted in Santai minda on December 27, 2008 by pkey1857

Hari ini aku pergi kerja.Esok pun benda yang sama aku wat.Isnin kadang-kadang ada timbul perasaan malas jer nak g kerja tapi kang tak pg kene marah ngan boss.Prestasi down plak.Dalam kepala dah terbayang hari sabtu sbb nak tunggu cuti hari ahad(aku kerja isnin-sabtu…huhuhu…sedih) bley pg jalan-jalan..itu secara jujurnya pemikiran aku setiap minggu..kadang-kadang pikir plak nape aku kene kerja?tanggugjawab?hutang?.Semua ni bermain kat fikiran aku saban hari.

Sedar tak sedar dah 3 tahun aku di alam pekerjaan selepas tamat zaman pengajian dan pembelajaran aku di sebuah institusi pengajian awam.

Sepatutnya aku kene wat ape yang aku suke and aku passionate in. Mungkin kerja yang aku pilih ni bukan dalam bidang yang aku minat.So baru aku tau rupenye bukan aku sowang je yang camni(ayat mengadu…huhuhu)..Dalam satu kajian menunjukkan bahawa “84% of the people hate their job”…84% antara kite tak suke kerja yang kite lakukan…kajian ini aku dapat kat dalam internet.

Kadang-kadang kita sendiri tak tau what is my true passion!Buat ni tak kene,wat tu ada problem,kadang-kadang malas je nak wat,lantak lah,bukan kerja aku,asal aku plak yang kene wat,suke2 je suwuh aku,tats not my problem..ni sume kata-kata hikmah yang kadang-kadang terkeluar dari lubuk hati kita.

Jadi untuk mengenali apa sebenarnya passion or minat kita,kita lah yang patut tau sendiri.Lain padang lain belalang, lain orang lain citarasa,rambut sama hitam hati lain-lain.Tapi aku ada sedikit soalan yang mebi dapat membantu kowang sume just untuk tau serba sedikit passion kowang..

1) kalo kowang di beri pilihan kerja,apa yang kowang nak pilih?
2) apa yang kerja yang kowang dengan seronok nya wat sampai tak sedar mase berlalu?
3) apa yang kowang sume sanggup wat dengan ati yang gembira walaupon tanpa bayaran@upah?
4) apa kerja yang membuat kan kowang berasa puas hati?
5) apa kerja yang kowang wat boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
6) Sekiranya anda mempunyai idola,siapa orangnya?
7) Apa kerja yang bg kowang mudah dan senang tapi susah untuk orang lain?

*ini bukan checklist aku wat sdiri,di ambil dari buku Think Big oleh Donald Trump.

kalo rajin tanye sendiri,jawab sendiri.Adakah slama ni kita minat apa yang kite wat?atau kite sendiri yang malas?tepuk dada sendiri rasa sakit.

Di ambang 2009

Posted in Santai minda on December 24, 2008 by pkey1857

Saban tahun kita akan menyaksikan peralihan tahun yang berbeda-beda enviromentnya.Ada yang suka ada duka.Tahun 2008 tetap akan meninggalkan kita semua.Bermacam-macam cerita dan pengalaman yang diharungi bersama keluarga dan rakan taulan.Tahniah di ucapkan kepada rakan-rakan yang sudah berkahwin,menamatkan pelajaran,mendapat kerja yang baru,dianugerahkan zuriat dan darjat kebesaran,ada dapat bonus hujung tahun…tapi ucapan takziah tak dilupakan kepada rakan-rakan yang mengharungi 2008 dengan perasaan sedih terpaksa berjauhan demi tugas,ada yang kehilangan orang tersayang,ada yang di timpa musibah yang tak diduga.Itu sumanya ketetapan ilahi yang ingin menguji ketabahan kita dalam kehidupan yang sementara.Insyallah kita memohon agar tahun yang mendatang lebih memberi erti kepada kita semua

me,myself and i….

Posted in Intro on December 22, 2008 by pkey1857

Salam sejahtera….

Inilah coretan pertama aku dalam blog..nama blog yang ala2 nama sebenar..hehehe….Hakikatnya aku tak berape minat nak menulis sebab sifat malas aku yang tak nak berubah. Jadi perubahan ini berlaku apabila aku membaca keratan akhbar yang mengatakan bahawa jika kita rajin menulis dapat menajamkan fikiran dalam kepala otak kita. Bila kita menulis secara automatiknya otak kita bergerak aktif. Senang citer otak menjadi cergas.

Dari bangku persekolahan asas mengenal nombor dan abjad kemudian ke menengah rendah dan atas, dan mengakhiri zaman dgn segulung kertas yang dapat membanggakan kedua orang tue aku. Terima kasih yang tak terucap kepada kedua orang tue aku yang xjemu menghias aku menjadi manusia yang berperangai manusia…walaupun aku punyai nama gelaran yang beraneka…(pkey,sumpit,teli,benai)

Aku juga memikirkan aku ni tak lah punyai kebolehan mcm orang lain tp aku tetap bersyukur kerna aku masih boleh menyumbangkan sesuatu yang sedikit dlm blog ni..baik dari aspek pengajian,pendidikan,pekerjaan,perniagaan dan pengalaman…bak kata org tue aku dulu, biar kita beri sesuatu yang berguna walaupun sedikit jumlahnya.

Aku manusia biasa, tidak ada pe2 melainkan semua atas keizinanya. Dalam penulisan aku ni, aku juga harapkan agar rakan-rakan dapat menegur kalo la aku terbuat silap. Ini hanya semata-mata perkongsian pengalaman aku yang baru seusia 1/4 abad….sebarang komen mahupon kritikan sangat dialu2kan….

Keep on rollin….wassalam…